Home Food service Fast food Pemilik McDonald’s Malaysia Terus Curah Bakti Di Negeri Kelahiran Sempena Ramadan

Pemilik McDonald’s Malaysia Terus Curah Bakti Di Negeri Kelahiran Sempena Ramadan

Sukarelawan McDonald’s Malaysia dan ahli kariah Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya, Negeri Sembilan, berganding bahu memamasak 1,500 pek bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.

Tunai tanggungjawab sebagai syarikat milik orang Islam, McDonald’s sentiasa menyantuni komuniti

NEGERI SEMBILAN, 29 Mac 2024 – McDonald’s Malaysia meneruskan program Ramadannya bagi tahun 2024 dengan mengunjungi Masjid Saidatina Khadijah, Seremban, Negeri Sembilan, pada Rabu lalu. Program penajaan hidangan moreh McDonald’s yang dijalankan sejak tahun 2015 itu telah memasuki tahun ke-10 pelaksanaannya.

Menerusi restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara, dianggarkan  sebanyak 300 masjid dan surau akan dikunjungi oleh syarikat itu pada setiap tahun. Bertujuan untuk menyantuni komuniti yang memerlukan dalam bulan Ramadan ini, McDonald’s Malaysia turut menyumbangkan Kotak Rezeki berupa barangan keperluan harian kepada lebih 300 penerima antaranya keluarga-keluarga asnaf, ibu-ibu tunggal dan pesakit-pesakit kanser.

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) menyampaikan sumbangan kepada enam rumah anak-anak yatim di sekitar Negeri Sembilan bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri

“Salah satu ibadah dalam Ramadan adalah untuk kita berkongsi rezeki dengan komuniti yang memerlukan. Justeru iktibar ini, kami berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban kewangan mereka serta hidangan moreh yang disediakan dapat memberi keceriaan kepada para masyarakat disini

Lebih 300 Kotak Rezeki telah disumbangkan kepada komuniti yang memerlukan sepanjang Program Ramadan McDonald’s Malaysia yang dijalankan pada tahun ini.

“Inisiatif ini adalah salah satu tanggungjawab kami kepada komuniti muslim sebagai syarikat 100% peratus milik orang Islam. Semoga restoran-restoran McDonald’s akan terus menjadi jiran yang prihatin kepada komuniti yang memerlukan dan akan terus membawa kemakmuran kepada masyarakat di sekitarnya” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Dalam majlis yang sama, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) turut menyampaikan sumbangan kepada enam buah rumah anak-anak yatim di Negeri Sembilan untuk persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri, antaranya Madrasah Hayatul Islam, Chenor; Madrasah Hayatul Islam, Rembau; Madrasah Dinul Hayah, Kuala Pilah; Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, Kuala Pilah; Pusat Jagaan Nur Nusari, Seremban; dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Seremban. Sebanyak RM14,000 yang disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan ini adalah sumbangan Yayasan Jaafar Ahmad kepada RMHC Malaysia bagi membantu kanak-kanak memerlukan di negeri itu.

McDonald’s Malaysia turut menaja hampir 500 hidangan moreh kepada jemaah masjid selepas tarawih di Masjid Saidatina Khadijah, Seremban Jaya, Negeri Sembilan

Yayasan Jaafar Ahmad merupakan sebuah badan kebajikan yang diasaskan oleh keluarga Dato’ Azmir Jaafar bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan di Negeri Sembilan, terutamanya kebajikan masyarakat dan pendidikan kanak-kanak.

Menurut Pengurus Besar RMHC Malaysia, Encik Nasri Nordin Encik Nasri Nordin, “Kita sedar bahawa persiapan beraya bukanlah satu perbelanjaan yang kecil dan rumah-rumah kebajikan biasanya mempunyai dana yang terhad. Justeru itu, RMHC Malaysia dan Yayasan Jaafar Ahmad sebagai badan-badan kebajikan yang memfokuskan kepada kesejahteraan kanak-kanak berharap sumbangan ini dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.”

Inisiatif Ramadan ini adalah salah satu ‘Program Komuniti McDonald’s & RMHC’ yang mana setiap tahun dianggarkan sebanyak 19,000 aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan merangkumi segenap lapisan masyarakat antaranya ialah Sambutan Hari Jadi bersama anak-anak yatim, sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan negara dan sumbangan minuman kepada jemaah masjid pada setiap hari Jumaat.

Selain itu, komitmen kepada komuniti juga turut dizahirkan melalui konsistensi McDonald’s Malaysia dalam menunaikan kewajipan Rukun Islam Ke-3 dengan membayar zakat korporat sebanyak RM12 juta kepada pusat-pusat zakat di seluruh negara sejak tahun 2017 apabila syarikat itu menjadi sepenuhnya milik orang Islam setelah diambil alih oleh Dato’ Azmir Jaafar sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Gerbang Alaf Restaurant.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here